AKTIVITI SJKT PALANISAMY KUMARAN

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

UPACARA PERLETAKAN BATU ASAS DI TAPAK SEKOLAH BARU SJKTPK

>> Thursday, December 23, 2010

Upacara perletakan batu asas di tapak sekolah baru SJK (T) Palanisamy Kumaran telah diadakan pada 13 Disember 2010. Berikut beberapa gambar yang dapat dirakamkan ketika upacara tersebut:
























Read more...

Hari Sukan SJK (T) Palanisamy Kumaran

>> Sunday, August 29, 2010

Pada 1 Julai 2010 yang lalu, SJK (T) Palanisamy Kumaran telah mengadakan Kejohanan Balapan dan Sukan kali ke-29 bertempat di padang sekolah. Acara sukan bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 7 petang.


Sebanyak tiga rumah sukan bertanding pada kejohanan tahun ini, iaitu Mars ( Hijau), Venus (Biru), dan Jupiter ( Merah Jambu). Kejohanan kali ini dirasmikan oleh Penyelia Sekolah-sekolah Tamil, En. R.M. Muniandy.Setiausaha sukan pada tahun ini adalah En. S. Siva. Pn. S. Tamilselvi dan seorang guru jemputan menjadi juruacara untuk kejohanan ini.

Acara dimulakan dengan perbarisan dari pasukan badan beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Ini diikuti dengan perbarisan dari setiap rumah sukan.

Pelbagai acara sukan telah diadakan pada hari tersebut seperti lumba lari 70M dan 50M, acara sukaneka untuk murid-murid tahap 1 serta acara untuk guru-guru, waris, dan bekas pelajar sekolah.

Acara terpaksa dihentikan seketika kerana hujan yang terlalu lebat. Setelah hujan reda, acara diteruskan sehingga tamat.

Rumah Venus telah menjadi johan pada kali ini manakala rumah Jupiter berada di tempat kedua. Tempat ketiga disandang oleh rumah Mars. Anugerah olahragawan pada tahun ini disandang oleh Vijendran A/L Nagendran. Anugerah olahragawati pula menjadi milik Dinagari A/P Krishnan.

Berikut beberapa gambar yang diambil pada hari kejohanan:



Read more...

Perlantikan Pengawas Sesi 2010

>> Sunday, January 10, 2010



Sempena dengan sesi persekolahan yang baru,suatu majlis perlantikan barisan pengawas-pengawas baru telah diadakan. Berikut adalah barisan Lembaga Pengawas Sekolah bagi Sesi 2010 :

Ketua Pengawas       : K.Priya Tharshini
Pen.Ketua Pengawas : S.Linggeswaran
Setiausaha               : P.Mugan Raj
Pen.Setiausaha         : P.Rinisha
AJK                         : S.Nagananthini
                                D.Jeevamalar
                                K.Sasikala

Ahli : T.Puvahrasi
        D.Thinagaran
        J.Sharvenashri
        S.Arvindraj
        M.Pathiban
        S.Sagana
        A.Steven Raj
        C.Sanjay
        M.Viknesan
        S.Navamalar
        A.Ranjitha
        T.Thivyapriya
        J.Thanes
       
Kepada semua pengawas yang dilantik, diucapkan Selamat Menjalankan Tugas bagi memastikan semua pelajar sentiasa mematuhi disiplin dan peraturan sekolah.

Read more...

Selamat Datang Guru Baru

>> Sunday, January 03, 2010

Sesi persekolahan 2010 juga menyaksikan SJK(T) Palanisamy Kumaran menerima 2 orang guru baru yang diharapkan akan dapat memantapkan lagi pencapaian para pelajar. Warga sekolah mengucapkan Selamat Datang kepada En.S.Kesevan yang bertukar dari SJKT Ladang Henrietta dan Pn.N.Thenarasi dari SJKT Bedong.Selamat Bertugas demi mendidik peneraju masa depan negara.

Read more...

Sesi Persekolahan 2010 Bermula





Selamat Tahun Baru 2010 diucapkan kepada semua warga SJK(T) Palanisamy Kumaran. Diucapkan juga Selamat Memulakan Sesi Persekolahan 2010 kepada para guru dan murid terutama murid-murid baru Tahun 1 seramai 15 orang. Sejak perhimpunan pagi yang pertama untuk tahun 2010 ditamatkan, sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) terus dimulakan selari dengan pekeliling dari Jabatan Pendidikan yang melarang aktiviti bukan P&P dijalankan pada minggu pertama persekolahan.

Read more...

  © SJKT Palanisamy Kumaran by Fasilitator Schoolnet 2010

Back to TOP