AKTIVITI SJKT PALANISAMY KUMARAN

Hari Sukan SJK (T) Palanisamy Kumaran

>> Sunday, August 29, 2010

Pada 1 Julai 2010 yang lalu, SJK (T) Palanisamy Kumaran telah mengadakan Kejohanan Balapan dan Sukan kali ke-29 bertempat di padang sekolah. Acara sukan bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 7 petang.


Sebanyak tiga rumah sukan bertanding pada kejohanan tahun ini, iaitu Mars ( Hijau), Venus (Biru), dan Jupiter ( Merah Jambu). Kejohanan kali ini dirasmikan oleh Penyelia Sekolah-sekolah Tamil, En. R.M. Muniandy.Setiausaha sukan pada tahun ini adalah En. S. Siva. Pn. S. Tamilselvi dan seorang guru jemputan menjadi juruacara untuk kejohanan ini.

Acara dimulakan dengan perbarisan dari pasukan badan beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Ini diikuti dengan perbarisan dari setiap rumah sukan.

Pelbagai acara sukan telah diadakan pada hari tersebut seperti lumba lari 70M dan 50M, acara sukaneka untuk murid-murid tahap 1 serta acara untuk guru-guru, waris, dan bekas pelajar sekolah.

Acara terpaksa dihentikan seketika kerana hujan yang terlalu lebat. Setelah hujan reda, acara diteruskan sehingga tamat.

Rumah Venus telah menjadi johan pada kali ini manakala rumah Jupiter berada di tempat kedua. Tempat ketiga disandang oleh rumah Mars. Anugerah olahragawan pada tahun ini disandang oleh Vijendran A/L Nagendran. Anugerah olahragawati pula menjadi milik Dinagari A/P Krishnan.

Berikut beberapa gambar yang diambil pada hari kejohanan:



0 comments:

  © SJKT Palanisamy Kumaran by Fasilitator Schoolnet 2010

Back to TOP