AKTIVITI SJKT PALANISAMY KUMARAN

SENARAI NAMA GURU BESAR SJK (T) PALANISAMY KUMARAN

>> Sunday, December 26, 2010

Berikut adalah senarai nama guru besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini:

EN. DORAISAMY  
(1946 - 1957)

EN. V. GANESAN
(1958 - 31.12.1975)

EN. A.H. ABDUL HAMID
(01.01.1976 - 15.03.1984)

EN. R.K. SUNDRAM
(16.03.1984 - 1986)

EN. TAIWASAGAYAM (MEMANGKU)
(1987 - 1990)

EN. M. GOVINDAN
(1991 - 1993)

EN. P.S. RAJARAM 
(1993 - 1996)

EN. Y. SADAYAN
(1996 - 1998)

EN. TAIWASAGAYAM
(1998 - 1999)

EN. S. ARUMUGAM
(1999 - 30.06.2003)

PN. KA. DEVI 
(01.07.2003 - 15.08.2004)

EN. R. MUNIANDY
(16.08.2004 - SEKARANG)


Read more...

UPACARA PERLETAKAN BATU ASAS DI TAPAK SEKOLAH BARU SJKTPK

>> Thursday, December 23, 2010

Upacara perletakan batu asas di tapak sekolah baru SJK (T) Palanisamy Kumaran telah diadakan pada 13 Disember 2010. Berikut beberapa gambar yang dapat dirakamkan ketika upacara tersebut:
























Read more...

SESI PERSEKOLAHAN 2010 BERAKHIR...

>> Tuesday, November 16, 2010



16 November 2010 merupakan hari terakhir persekolahan untuk murid-murid di sekolah ini. Sebagai penutup sesi persekolahan, jamuan kelas dan 'budaya tutup sekolah' telah diadakan.

Diharapkan sepanjang sesi persekolahan bagi tahun ini dapat meninggalkan kenangan-kenangan manis buat warga sekolah. Semoga kejayaan-kejayaan yang dinikmati sepanjang tahun ini akan terus kekal dan bertambah pada tahun hadapan.

Semoga sesi persekolahan 2011 akan dihadapi dengan penuh kejayaan buat warga SJK (T) Palanisamy Kumaran.

Read more...

TAHNIAH SJK (T) PALANISAMY KUMARAN!


TAHNIAH SJK (T) PALANISAMY KUMARAN

ATAS KEJAYAAN DALAM PENINGKATAN PERATUSAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2010

48% LULUS

Read more...

HAPPY DEEPAVALI 2010

>> Monday, November 08, 2010

SJK (T) PALANISAMY KUMARAN

WISHES ALL HINDUS

'HAPPY DEEPAVALI'

May This Deepavali Brings You Happiness And Wellness

Read more...

Hari Sukan SJK (T) Palanisamy Kumaran

>> Sunday, August 29, 2010

Pada 1 Julai 2010 yang lalu, SJK (T) Palanisamy Kumaran telah mengadakan Kejohanan Balapan dan Sukan kali ke-29 bertempat di padang sekolah. Acara sukan bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 7 petang.


Sebanyak tiga rumah sukan bertanding pada kejohanan tahun ini, iaitu Mars ( Hijau), Venus (Biru), dan Jupiter ( Merah Jambu). Kejohanan kali ini dirasmikan oleh Penyelia Sekolah-sekolah Tamil, En. R.M. Muniandy.Setiausaha sukan pada tahun ini adalah En. S. Siva. Pn. S. Tamilselvi dan seorang guru jemputan menjadi juruacara untuk kejohanan ini.

Acara dimulakan dengan perbarisan dari pasukan badan beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Ini diikuti dengan perbarisan dari setiap rumah sukan.

Pelbagai acara sukan telah diadakan pada hari tersebut seperti lumba lari 70M dan 50M, acara sukaneka untuk murid-murid tahap 1 serta acara untuk guru-guru, waris, dan bekas pelajar sekolah.

Acara terpaksa dihentikan seketika kerana hujan yang terlalu lebat. Setelah hujan reda, acara diteruskan sehingga tamat.

Rumah Venus telah menjadi johan pada kali ini manakala rumah Jupiter berada di tempat kedua. Tempat ketiga disandang oleh rumah Mars. Anugerah olahragawan pada tahun ini disandang oleh Vijendran A/L Nagendran. Anugerah olahragawati pula menjadi milik Dinagari A/P Krishnan.

Berikut beberapa gambar yang diambil pada hari kejohanan:



Read more...

Kelas Komputer 2010 Bermula...!

>> Sunday, May 02, 2010

Bermula pada cuti persekolahan penggal pertama yang lalu, SJKT Palanisamy Kumaran telah memulakan kelas komputer bagi tahun ini untuk murid-murid tahun 4. Pada minggu cuti sekolah tersebut, seramai 11 orang murid tahun 4 telah menyertai kelas komputer yang dijalankan. Jumlah murid kian bertambah setelah persekolahan bermula dan jadual kelas telah disusun agar kesemua murid dapat menyertai kelas komputer ini.

Murid-murid diperkenalkan kepada bahagian-bahagian komputer dan sebagai permulaan, murid-murid diajar menggunakan aplikasi 'Paint'. Selain itu, murid-murid juga diajar menaip menggunakan aplikasi 'Microsoft Word'.

Pada masa akan datang, murid-murid bakal didedahkan kepada aplikasi Internet dan cara penggunaannya. Dengan wujudnya kelas komputer ini, murid-murid SJKT Palanisamy Kumaran akan mendapat lebih ilmu pengetahuan dan bersedia untuk menghadapi dunia serba canggih dan berteknologi tinggi.


Read more...

Internet & Kanak-Kanak

>> Wednesday, January 13, 2010


Read more...

Sejarah SJK(T) Palanisamy Kumaran

>> Sunday, January 10, 2010




Sekolah ini dibina pada tahun 1948 di tapak tanah En.N.T.S. Arumugam Pillai AMN , iaitu pengurus ladang Bahagian Sungai yang lebih dikenali sebagai ‘Sungai Division Estate’. Pendidikan sekolah bermula dengan sebuah blok iaitu blok A.Bilangan murid keseluruhan pada masa itu ialah 56 orang murid. Iaitu Tahun 1 sebanyak 31 orang, Tahun 2 sebanyak 15 orang murid, dan Tahun 3 sebanyak 10 orang murid.

Pada masa itu pihak pentadbir sekolah menghadapi pelbagai masalah seperti pemindahan murid ke tempat lain, ponteng sekolah dan pemberhentian murid dari sekolah.Hasil kajian menyatakan bahawa punca masalah ini adalah kerana sikap segelintir ibu bapa,dimana mereka lebih mementingkan aktiviti pertanian yang diusahakan.Mereka membawa anak mereka untuk mengerjakan sawah padi .Lebih- lebih lagi keadaan kemiskinan merupakan punca segala masalah ini.Untuk membanteras masalah ini,En.Govindasamy selaku Guru Besar pada masa itu, menziarahi rumah setiap murid dan memujuk ibubapa supaya menghantar anak mereka ke sekolah. Hasil usaha beliau membawa kepada perubahan besar pada peningkatan murid.Seterusnya kelas dibuka dari tahun satu hingga ke tahun 6.


Dalam tahun 70an ramai penduduk dari ladang yang berdekatan berpindah ke ladang Bahagian sungai untuk mencari rezeki serta menampung keperluan harian mereka.. Ini menyebabkan jumlah murid meningkat hingga mencecah 100 orang murid..Seterusnya pihak pentadbir sekolah menghadapi masalah kekurangan bilik darjah. Untuk mengatasi masalah ini, Guru Besar pada masa itu mengatasinya dengan menumpang bilik darjah di Kuil serta di sebuah rumah yang berdekatan dengan sekolah.walaupun demikian masalah kekurangan bilik darjah masih menjadi tanda tanya.Dengan itu pihak sekolah telah menjadikan sesi sekolah kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.


Penambahan murid kian mendadak setiap tahun.Untuk menampung pertambahan ini pengubahsuaian terhadap bangunan telah dilakukan dengan bantuan kerajaan Ahli Parlimen dan Ahli Undangan Negeri melalui MIC , bangunan sekolah digandakan.Pada tahun 1990 Menteri Besar iaitu Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Paduka Osman Arof telah melawat ke sekolah ini.Dengan tulus ikhlas, beliau menghulurkan sumbangan kewangan sebanyak RM40 000 untuk menampung kos pembinaan Blok B.Prasarana yang semakin baik itu telah mendorong prestasi sekolah semakin meningkat dari semua aspek samada kurikulum ataupun ko- kurikulum.


Pada tahun 1991 , semua ahli PIBG memainkan peranan yang begitu baik dalam pembinaan Blok B.Walaupun telah adanya sebuah blok baru , pihak sekolah masih menghadapi masalah kekurangan bilik darjah Ini adalah kerana berlaku peningkatan dalam bilangan murid setelah sebuah Taman baru iaitu Taman Kelisa dibina beberapa kilometer dari sekolah. Dengan itu Pada tahun 1998 sekali lagi kerajaan memperuntukan wang sebanyak RM 23 000 untuk membina sebuah blok baru, iaitu Blok C.Seterusnya dengan bantuan MIC bahagian Merbok,sebuah Blok D dengan bilik Guru Besar dibina .


Walaupun telah membina beberapa bangunan namun prasarana serta kemudahan masih tidak sempurna serta tidak mencukupi dengan peningkatan murid. Jumlah murid sekarang adalah 165 orang. Jumlah ini akan meningkat pada tahun-tahun hadapan.Namun demikian prestasi dalam peperiksaan bertambah baik jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lepas.Ini dapat dibuktikan dengan keputusan peperiksaan UPSR. Selain itu kebanyakkan bekas murid dari sekolah ini menjawat jawatan professional seperti guru, doktor, peguam, polis dan sebagainya.Ini terbukti di mana seorang doktor iaitu bekas murid sekolah ini telah menghulurkan bantuan kepada murid-murid miskin. Doktor ini juga telah menyumbangkan sumbangan sebanyak RM 1000 untuk kebajikan murid bagi beberapa tahun.


Kini ayah beliau ia itu En.Palanisamy Kumaran telah menyumbangkan tanah 5 ekar untuk membina sekolah baru. Tanah ini terletak 200 meter dari sekolah yang sedia ada. Lembaga Pengelola Sekolah dan pihak PIBG sedang berusaha untuk membina bangunan sekolah baru. Mengikut perancangan, proses pembinaan akan bermula dalam tahun 2010.


Read more...

Perlantikan Pengawas Sesi 2010



Sempena dengan sesi persekolahan yang baru,suatu majlis perlantikan barisan pengawas-pengawas baru telah diadakan. Berikut adalah barisan Lembaga Pengawas Sekolah bagi Sesi 2010 :

Ketua Pengawas       : K.Priya Tharshini
Pen.Ketua Pengawas : S.Linggeswaran
Setiausaha               : P.Mugan Raj
Pen.Setiausaha         : P.Rinisha
AJK                         : S.Nagananthini
                                D.Jeevamalar
                                K.Sasikala

Ahli : T.Puvahrasi
        D.Thinagaran
        J.Sharvenashri
        S.Arvindraj
        M.Pathiban
        S.Sagana
        A.Steven Raj
        C.Sanjay
        M.Viknesan
        S.Navamalar
        A.Ranjitha
        T.Thivyapriya
        J.Thanes
       
Kepada semua pengawas yang dilantik, diucapkan Selamat Menjalankan Tugas bagi memastikan semua pelajar sentiasa mematuhi disiplin dan peraturan sekolah.

Read more...

Selamat Datang Guru Baru

>> Sunday, January 03, 2010

Sesi persekolahan 2010 juga menyaksikan SJK(T) Palanisamy Kumaran menerima 2 orang guru baru yang diharapkan akan dapat memantapkan lagi pencapaian para pelajar. Warga sekolah mengucapkan Selamat Datang kepada En.S.Kesevan yang bertukar dari SJKT Ladang Henrietta dan Pn.N.Thenarasi dari SJKT Bedong.Selamat Bertugas demi mendidik peneraju masa depan negara.

Read more...

Sesi Persekolahan 2010 Bermula





Selamat Tahun Baru 2010 diucapkan kepada semua warga SJK(T) Palanisamy Kumaran. Diucapkan juga Selamat Memulakan Sesi Persekolahan 2010 kepada para guru dan murid terutama murid-murid baru Tahun 1 seramai 15 orang. Sejak perhimpunan pagi yang pertama untuk tahun 2010 ditamatkan, sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) terus dimulakan selari dengan pekeliling dari Jabatan Pendidikan yang melarang aktiviti bukan P&P dijalankan pada minggu pertama persekolahan.

Read more...

  © SJKT Palanisamy Kumaran by Fasilitator Schoolnet 2010

Back to TOP