Sejarah SJK(T) Palanisamy Kumaran
>> Sunday, January 10, 2010
Sekolah ini dibina pada tahun 1948 di tapak tanah En.N.T.S. Arumugam Pillai AMN , iaitu pengurus ladang Bahagian Sungai yang lebih dikenali sebagai ‘Sungai Division Estate’. Pendidikan sekolah bermula dengan sebuah blok iaitu blok A.Bilangan murid keseluruhan pada masa itu ialah 56 orang murid. Iaitu Tahun 1 sebanyak 31 orang, Tahun 2 sebanyak 15 orang murid, dan Tahun 3 sebanyak 10 orang murid.
Pada masa itu pihak pentadbir sekolah menghadapi pelbagai masalah seperti pemindahan murid ke tempat lain, ponteng sekolah dan pemberhentian murid dari sekolah.Hasil kajian menyatakan bahawa punca masalah ini adalah kerana sikap segelintir ibu bapa,dimana mereka lebih mementingkan aktiviti pertanian yang diusahakan.Mereka membawa anak mereka untuk mengerjakan sawah padi .Lebih- lebih lagi keadaan kemiskinan merupakan punca segala masalah ini.Untuk membanteras masalah ini,En.Govindasamy selaku Guru Besar pada masa itu, menziarahi rumah setiap murid dan memujuk ibubapa supaya menghantar anak mereka ke sekolah. Hasil usaha beliau membawa kepada perubahan besar pada peningkatan murid.Seterusnya kelas dibuka dari tahun satu hingga ke tahun 6.Dalam tahun 70an ramai penduduk dari ladang yang berdekatan berpindah ke ladang Bahagian sungai untuk mencari rezeki serta menampung keperluan harian mereka.. Ini menyebabkan jumlah murid meningkat hingga mencecah 100 orang murid..Seterusnya pihak pentadbir sekolah menghadapi masalah kekurangan bilik darjah. Untuk mengatasi masalah ini, Guru Besar pada masa itu mengatasinya dengan menumpang bilik darjah di Kuil serta di sebuah rumah yang berdekatan dengan sekolah.walaupun demikian masalah kekurangan bilik darjah masih menjadi tanda tanya.Dengan itu pihak sekolah telah menjadikan sesi sekolah kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.
Penambahan murid kian mendadak setiap tahun.Untuk menampung pertambahan ini pengubahsuaian terhadap bangunan telah dilakukan dengan bantuan kerajaan Ahli Parlimen dan Ahli Undangan Negeri melalui MIC , bangunan sekolah digandakan.Pada tahun 1990 Menteri Besar iaitu Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Paduka Osman Arof telah melawat ke sekolah ini.Dengan tulus ikhlas, beliau menghulurkan sumbangan kewangan sebanyak RM40 000 untuk menampung kos pembinaan Blok B.Prasarana yang semakin baik itu telah mendorong prestasi sekolah semakin meningkat dari semua aspek samada kurikulum ataupun ko- kurikulum.
Pada tahun 1991 , semua ahli PIBG memainkan peranan yang begitu baik dalam pembinaan Blok B.Walaupun telah adanya sebuah blok baru , pihak sekolah masih menghadapi masalah kekurangan bilik darjah Ini adalah kerana berlaku peningkatan dalam bilangan murid setelah sebuah Taman baru iaitu Taman Kelisa dibina beberapa kilometer dari sekolah. Dengan itu Pada tahun 1998 sekali lagi kerajaan memperuntukan wang sebanyak RM 23 000 untuk membina sebuah blok baru, iaitu Blok C.Seterusnya dengan bantuan MIC bahagian Merbok,sebuah Blok D dengan bilik Guru Besar dibina .
Walaupun telah membina beberapa bangunan namun prasarana serta kemudahan masih tidak sempurna serta tidak mencukupi dengan peningkatan murid. Jumlah murid sekarang adalah 165 orang. Jumlah ini akan meningkat pada tahun-tahun hadapan.Namun demikian prestasi dalam peperiksaan bertambah baik jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lepas.Ini dapat dibuktikan dengan keputusan peperiksaan UPSR. Selain itu kebanyakkan bekas murid dari sekolah ini menjawat jawatan professional seperti guru, doktor, peguam, polis dan sebagainya.Ini terbukti di mana seorang doktor iaitu bekas murid sekolah ini telah menghulurkan bantuan kepada murid-murid miskin. Doktor ini juga telah menyumbangkan sumbangan sebanyak RM 1000 untuk kebajikan murid bagi beberapa tahun.
Kini ayah beliau ia itu En.Palanisamy Kumaran telah menyumbangkan tanah 5 ekar untuk membina sekolah baru. Tanah ini terletak 200 meter dari sekolah yang sedia ada. Lembaga Pengelola Sekolah dan pihak PIBG sedang berusaha untuk membina bangunan sekolah baru. Mengikut perancangan, proses pembinaan akan bermula dalam tahun 2010.
0 comments:
Post a Comment