AKTIVITI SJKT PALANISAMY KUMARAN

Kelas Komputer 2010 Bermula...!

>> Sunday, May 02, 2010

Bermula pada cuti persekolahan penggal pertama yang lalu, SJKT Palanisamy Kumaran telah memulakan kelas komputer bagi tahun ini untuk murid-murid tahun 4. Pada minggu cuti sekolah tersebut, seramai 11 orang murid tahun 4 telah menyertai kelas komputer yang dijalankan. Jumlah murid kian bertambah setelah persekolahan bermula dan jadual kelas telah disusun agar kesemua murid dapat menyertai kelas komputer ini.

Murid-murid diperkenalkan kepada bahagian-bahagian komputer dan sebagai permulaan, murid-murid diajar menggunakan aplikasi 'Paint'. Selain itu, murid-murid juga diajar menaip menggunakan aplikasi 'Microsoft Word'.

Pada masa akan datang, murid-murid bakal didedahkan kepada aplikasi Internet dan cara penggunaannya. Dengan wujudnya kelas komputer ini, murid-murid SJKT Palanisamy Kumaran akan mendapat lebih ilmu pengetahuan dan bersedia untuk menghadapi dunia serba canggih dan berteknologi tinggi.


Read more...

  © SJKT Palanisamy Kumaran by Fasilitator Schoolnet 2010

Back to TOP